Membaca Al-Quran bersanad memang sangat dianjurkan. Selain dapat memperdengarkan bacaan di hadapan guru, peserta juga dapat membaca dengan sanad yang bersambungan hingga kepada Rasulullah Sollalllahu ‘Alaihi Wasallam.

Kelas ini akan diadakan secara berkumpulan supaya para pelajar dapat mempelajari dari kesilapan bacaan serta lebih bersemangat untuk membaca dalam suasana yang ramai. Setiap pelajar akan bergilir-gilir membaca ayat dari awal surah Al-Fatihah hinggalah khatam seluruh Al-Quran insyaAllah.

Syarat penyertaan bagi program ini adalah: setiap peserta sudah mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan sangat baik. Pihak kami akan mengadakan ujian kemasukkan bagi sesiapa yang berminat, bagi yang lulus mereka dapat ikut serta dalam kelas ini.


TARIKH, TEMPAT & WAKTU
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


JANGKAMASA

Tiada jangkamasa tetap. Kelas berterusan hingga khatam (Seminggu sekali)


SYARAT KEMASUKAN

– Mampu membaca Al-Quran dengan lancar & sangat baik dengan bertajwid, atau
– Pernah lulus Kursus Asas Mengaji Modul 2, 3, 4 atau 5 dengan Gred A1 atau A2

* Ujian kemasukan akan dikenakan dahulu bagi pelajar baru


YURAN

Yuran: $75/bulan (tidak termasuk kos lain seperti mushaf, adminstrasi dan sijil)


** Sijil khatam Quran secara bersanad akan diberikan apabila selesai khatam keseluruhan Al-Quran dengan baik. Guru berhak menentukan samada pelajar layak mendapat sijil tersebut ataupun perlu ulang lagi seandainya bacaan tidak memuaskan **


PEMBIMBING

1) Ustazah Suliza Bte Sulaiman
2) Ustazah Nur Suhailah Binte Watib Al-Hafizah
3) Ustazah Zarifah Bte Abdul Rahman


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


Sila Buat Pendaftaran Di Sini

 

Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam