Tadarrus memberi maksud membaca Al-Quran dalam bentuk bersambung secara berkumpulan, ia juga adalah salah satu cara dimana ia dapat menaikkan semangat pembaca dalam mengkhatamkan Al-Quran bersama rakan-rakan seperjuangan.

Dalam bertadarrus juga adalah amat penting bagi pembaca untuk menjaga hukum-hukum tajwid sepanjang pembacaan itu dijalankan.

Dalam hadith ada menyebutkan :

(( مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ ))

Maksudnya: Tidak berhimpun sekumpulan manusia disalah satu daripada rumah-rumah Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى (Yakni Masjid) untuk membaca kitab Allahسُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى (Al-Quran) dan saling mempelajarinya sesama manusia (yakni bertadarus) melainkan akan turun ketenangan keatas mereka, mereka akan dilimpahi rahmat, para malaikat akan mengelilingi mereka dan Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى menyebut nama mereka dihadapan malaikat–malaikat yang berada disisi-NYA .

Dalam sesi ini guru akan membaca bersama-sama diikuti dengan pelajar secara bersambungan, diakhiri dengan sedikit perkongsian asas hukum-hakum tajwid juga.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama mengkhatamkan bacaan Al-Quran secara berkumpulan di dalam kelas sekaligus menjaga tajwidnya. Semoga sama-sama mendapat manfaat dan barakahNya In Sya Allah.


TARIKH, TEMPAT & WAKTU
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


JANGKAMASA

Tiada jangkamasa tetap. Kelas berterusan hingga khatam dan berulang-ulang. (Seminggu sekali)


SYARAT KEMASUKAN

– Mampu membaca Al-Quran dengan lancar, atau
– Lulus Kursus Asas Mengaji Modul 2


YURAN

Yuran: $60/bulan (tidak termasuk kos lain seperti mushaf, adminstrasi dan sijil)


** Sijil penyertaan tadarus hingga khatam akan diberikan apabila memenuhi syarat 75% kehadiran serta selesai pelunasan yuran pengajian.


PEMBIMBING

1) Ustazah Suliza Bte Sulaiman
2) Ustazah Nur Suhailah Binte Watib Al-Hafizah
3) Ustazah Zarifah Bte Abdul Rahman
4) Ustaz Muhammad Muzakkir Bin Md Ahzman


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


Sila Buat Pendaftaran Di Sini

 

Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam