Terdapat bermacam cara dalam mengabdikan diri dengan Sang Kholiq yang tidak pernah lalai apatah lagi berpaling dari hamba-hambanya,sentiasa memberi disaat waktu yang perlu, samaada cepat ataupun lambat tergantung atas rahmatNya. Sepertimana yang diketahui antaranya dengan melakukan solat fardhu merupakan cara yang paling indah dalam berdialog denganNya.

Selain itu solat-solat sunat juga memainkan peranan terhadap setiap hamba bagi menambahkan lagi kesyukuran dan membersihkan hati disamping memperoleh pahala dariNya. Sepertimana yang sering disebutkan dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang,begitu juga memperbanyakkan solat akan dapat menyucikan diri dari sifat-sifat yang tidak disukai oleh Allah.

Ada beberapa solat-solat sunat yang dilazimi oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang wajarnya diambil contoh serta dipraktikkan dalam kehidupan seharian,namun pada zaman ini ianya seakan dilupakan dan ditinggalkan.

Antara kelebihan dalam melakukan solat-solat sunat ,dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah Subhanahu Wa Ta’alaa, pertolongan, ketenangan jiwa serta kehidupan.

Disamping melakukan solat sunat juga bukan saja dapat mendekatkan diri tetapi juga untuk sentiasa mengingatkan agar sentiasa memuji dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan selama ini.

Firman Allah Ta’ala:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Antara solat-solat sunnat yang akan dipelajari di dalam kursus ini ialah:

  • Solat Rawatib
  • Solat Iysraq
  • Solat Dhuha
  • Solat Awwabin
  • Solat Tahajjud
  • Solat Wuduk
  • Solat Tahiyyatul Masjid
  • Solat Taubat
  • Solat Istikharah
  • Solat Hajat
  • Solat Ihram
  • Solat Tawaf
  • Solat Musafir
  • Solat Mutlak
  • Solat Tasbih
  • Solat Gerhana
  • Solat Istisqa’ (Minta Hujan)
  • Solat Terawih
  • Solat Witir
  • Solat Hari Raya

 

YURAN (4 sesi)
– Yuran kursus: $45 (4 sesi)
– Buku: Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat, Terbitan Galeri Ilmu ($25)

* Buku yang sama digunakan di dalam Kursus Asas Solat (Dewasa), Menghalusi Solat, serta kursus-kursus solat yang lain. Sekiranya pelajar sudah ada buku tersebut, maka tidak perlu beli lagi.


TARIKH & MASA
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

Keseluruhan kursus: 1.5 jam x 4 sesi= 6 jam


SYARAT KEMASUKAN
Dewasa – Lelaki & Wanita


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


TEMPAT
CeramahIslam.Com Centre (CIC),
80 Changi Road, Centropod @ Changi,
#05-17/#03-06, Singapore 419715
Sila lihat peta di sini —> Klik Sini Untuk Lokasi Di Peta


Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam