blinddisabled

Kursus Solat Emergency untuk dewasa lelaki dan perempuan ini akan melengkapkan peserta dengan ilmu-ilmu ASAS fardhu ain tentang cara bersuci dan solat bagi golongan yang sakit atau kurang upaya.

Sangat sesuai untuk sesiapa yang:

  • Tidak mampu mengambil wuduk disebabkan sakit, samada keseluruhan anggota badan atau sebahagiannya
  • Tidak mampu melakukan pergerakan solat dengan sempura, seperti tidak mampu berdiri, atau rukuk & sujud, dan sebagainya.
  • Mempunyai ahli keluarga atau sahabat handai yang mempunyai keuzuran seperti di atas (supaya dapat diajarkan kepada mereka kelak)
  • Dimasukkan ke dalam hospital dan ingin tahu cara-cara untuk memperbolehkan wuduk dan solat, atau tayammum, dan sebagainya.
  • Ingin belajar cara mengambil wuduk dengan menggunakan sedikit air sahaja tanpa menggunakan paip (sesuai juga untuk golongan yang sakit di hospital, atau bagi mereka yang tidak mampu bangun dari tempat pembaringan)
  • Ingin belajar cara bertayammum sebagai ganti wuduk dan mandi hadas
  • Ingin belajar mengenai rukhsah (keringanan) yang diberikan untuk golongan ini serta adab-adab dan cara-caranya (bukan bermakna asalkan sakit sahaja, maka boleh ambil sikap sambil lewa terhadap pengamalan agama)

KURSUS SOLAT EMERGENCY

YURAN

  • Yuran kursus: $40
  • Buku & administrasi: $10
    Keseluruhan= $50

 

JANGKAMASA
3 sesi

 

TARIKH & MASA

** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


SYARAT KEMASUKAN

Dewasa – Lelaki & Wanita


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


TEMPAT
CeramahIslam Centre,
80 Changi Road, Centropod @ Changi,
#03-06, Singapore 419715
Sila lihat map di sini —> Klik Sini Untuk Lokasi Map

 

** Perlu sekurang-kurangnya 10 peserta untuk buka kelas

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam