solat-berjemaah

Selain dari kewajipan umat Islam untuk mendirikan solat 5 kali sehari semalam, Islam juga sangat menggalakkan kita untuk mendirikannya secara berjemaah. Hukumnya ialah Fardhu Kifayah menurut pandangan muktamad di dalam Mazhab Syafie.

Namun begitu, sebahagian dari masyarakat kita masih kurang peka dengan kepentingannya, serta hukum-hakam yang terdapat di dalam solat berjemaah.

Bahkan ramai juga yang tidak pasti bagaimana hendak masuk ke dalam solat berjemaah seandainya imam sudah pun mula solat atau sudah hampir selesai mengakhiri solat tersebut.

Tidak terlepas juga menganai apa yang harus dilakukan sekiranya imam melakukan beberapa kesilapan di dalam solat jemaah tersebut. Adakah perlu untuk keluar dari solat, atau keluar dari solat jemaah, atau ianya membatalkan solat? Bagaimana pula kalau imam yang batal solat?

Kursus Fiqh Solat Berjemaah ini akan membantu anda untuk lebih memahami konsep, kepentingan serta hukum hakam yang terdapat di dalam solat berjemaah, inshaAllah.

Di dalam kursus ini juga akan diadakan praktikal tentang cara-cara untuk melakukan solat berjemaah, cara untuk masuk ke dalam solat jemaah pada situasi-situasi yang berbeza, hukum-hakam yang terdapat di dalamnya dan lain-lain lagi.

Terbuka kepada semua dewasa lelaki dan wanita.

 

YURAN
– Yuran kursus: $45 (4 sesi sahaja)
Buku: Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat, Terbitan Galeri Ilmu ($25)

* Buku yang sama digunakan di dalam Kursus Asas Solat (Dewasa), Menghalusi Solat, serta kursus-kursus solat yang lain. Sekiranya pelajar sudah ada buku tersebut, maka tidak perlu beli lagi.


TARIKH & MASA
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

Keseluruhan kursus: 1.5 jam x 4 sesi= 6 jam


SYARAT KEMASUKAN

Dewasa – Lelaki & Wanita


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


TEMPAT
CeramahIslam Centre,
80 Changi Road, Centropod @ Changi,
#03-06, Singapore 419715
Sila lihat map di sini —> Klik Sini Untuk Lokasi Map


Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam