Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam yang wajib dikeluarkan bagi golongan yang memenuhi syarat-syaratnya. Ia adalah salah satu dari syiar Islam yang sangat penting untuk ditegakkan. Menginkari kewajipannya bermakna menginkari salah satu rukun Islam dan itu boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama Islam.

Namun begitu, sebahagian dari masyarakat kita masih lagi keliru tentang bab zakat. Ada yang menyangka bahawa zakat harta itu hanya dikeluarkan pada bulan Ramadhan sahaja. Ada pula yang menyangka bahawa zakat itu hanyalah zakat fitrah sahaja yang wujud. Ada juga yang mengetahui tentang kewajipan zakat harta, namun ia tidak pasti cara perkiraannya.

Maka itu, Bengkel Praktikal Zakat yang ringkas ini bertujuan untuk membantu masyarakat untuk meningkat kesedaran mengenai kepentingan zakat serta cara-cara untuk membuat perkiraan bagi zakat-zakat yang utama dan biasa dikeluarkan oleh kebanyakan orang Islam di Singapura ini. Antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah:

  • Kepentingan & pegertian Zakat di dalam Islam
  • Kenapa perlu bayar zakat?
  • Jenis-jenis zakat
  • Cara membuat perkiraan bagi pengeluaran zakat harta; Zakat Simpanan, Zakat Emas & Zakat CPF. (Di dalam bengkel ini, TIDAK dibincangkan perkiraan bagi Zakat Perniagaan, Saham & Insurans)
  • Golongan yang dibenarkan untuk menerima zakat secara ringkas
  • Isu-isu yang berkaitan dengan zakat

 

YURAN BENGKEL PRAKTIKAL ZAKAT (3 sesi)
– Yuran kursus: $30 (2 sesi) – termasuk nota

Keseluruhan kursus: 1.5 jam x 2 sesi= 3 hrs


TARIKH & MASA
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


SYARAT KEMASUKAN
Dewasa – Lelaki & Wanita


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


TEMPAT
CeramahIslam.Com Centre (CIC),
80 Changi Road, Centropod @ Changi,
#05-17/#03-06, Singapore 419715
Sila lihat peta di sini —> Klik Sini Untuk Lokasi Di Peta


Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam