Ramadhan, Tetamu yang dinanti….

tetamu yang sangat dinanti-nantikan akan kunjung tiba.. Kedatangannya disambut dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Bulan yang dikenali sebagai bulan yang mulia, bulan yang dimana salah satu malamnya ialah lebih baik dari seribu bulan. Seperti yang disebutkan dalam hadis berikut;

عن أبي هريرة قالَ: كَانَ رسولُ اللهِ صلي الله عليه وسلم يُبَشِّرُ أصْحَابَةُ يقولُ: “قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللهُ عليكم صِيَامَهُ، تُفَتَّحُ فيه أبوابُ الجَنَّةِ وَتغلَّقُ فيه أبوابُ النَّارِ، فيه لَيْلَةُ خَيْرٌ من ألفِ شَهْرٍ، مَن حُرِمَ خَيْرَها فقد حُرِمَ”. وهذا لَفْظُ حماد بن زيد. أخرجه النسائيُّ

Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam bersabda: “Telah datang bulan Ramadhan, bulan penuh berkah, telah diwajibkan atas kalian berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka. Didalam bulan itu ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang terhalang dari kebaikannya sungguh ia rugi.” (HR. Nasai, Lafadz Hammad bin Zaid)

Para Ulama’ dahulu menjadi kebiasaan mereka untuk bersiap sedia lebih awal untuk menerima kedatangan bulan Ramadhan…Persiapan rohani dan jasmani. Amat berbeza jika dibandingkan dengan sekarang, dimana sangat mengutamakan persiapan Hari Raya dari Ramadhan.
Sangat penting bagi seseorang untuk mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan agar sepanjang bulan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Persoalan dan Permasalahan yang biasa diutarakan:

– Apakah jenis amal ibadat yang boleh dilakukan sepanjang Ramadhan?
– Bagaimanakah cara untuk melakukan solat Tarawih? Mengerjakan di Masjid berjemaah lebih baik atau bersendirian di rumah?
– Seandainya tertelan air liur banyak sangat adakah ia membatalkan puasa?
– Adakah kanak-kanak yang berumur 8 tahun sudah diwajibkan berpuasa?
– Jika seseorang terlupa untuk niat pada malam hari haruskah menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari?
– Apa hukum merasa makanan ketika berpuasa?
– Ke atas siapakah zakat fitrah diwajibkan?
– Jika suami miskin, adakah isteri wajib mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya?
– Bolehkah Ibu yang menyusukan anaknya membatalkan puasa kerana bimbang akan anaknya?
– Jika seseorang wanita haidnya putus beberapa minit sebelum azan subuh, adakah puasanya diterima walaupun dia belum sempat untuk mandi hadas ketika itu?
Dan lain-lain lagi….

Dalam masa 3 sesi ini akan dikongsi segala permasalahan yang telah disebut diatas dan terjawab segala kekeliruan selama ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

 

TEMPAT, HARI & WAKTU
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


JANGKAMASA

3 sesi (seminggu sekali)


YURAN

$40 (termasuk harga buku)


BAHASA PERANTARAAN

Melayu

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini 


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih