menghalusi-solat

Ibadah solat adalah TIANG agama. Apabila ia runtuh maka runtuhlah agama. Ia juga adalah amalan yang pertama akan dihisab di akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seorang hamba pada hari kiamat ialah solat…” (Hadis Shahih-Riwayat Abu Daud)

Antara fungsi solat juga ialah ia dapat mencegah pelakunya dari melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar.

Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ

Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.” (QS. Al ‘Ankabut: 45).

Oleh kerana solat juga dikaitkan dengan pencegahan untuk seorang Islam dari melakukan kemaksiatan dan dosa, maka sewajarnya kita mempelajari untuk lebih meningkatkan mutu solat kita dengan melakukan solat dengan cara yang lebih sempurna sesuai dengan tunjuk ajar dari Rasulullah s.a.w.

Maka itu, Kursus Menghalusi Solat untuk dewasa lelaki dan perempuan ini memberi peluang yang intensif kepada masyarakat Islam untuk mendalami ibadah solat, menghalusi perbuatannya serta menghayatinya di dalam kehidupan kita.

Antara topik-topik yang akan dipelajari ialah:

  1. Thoharoh (Bersuci)
    • Bahagian-bahagian air dan kepentingan untuk memahami setiap bahagian darinya
    • Jenis-jenis dan bahagian najis dan kepentingan untuk mengetahuinya
    • Cara menyuci dan menghilangkan najis. Adakah dengan semudah menghilangkannya sahaja?
    • Najis-najis yang dimaafkan
    • Istinjak dan adab-adabnya
    • Benda-benda yang boleh dan tidak boleh digunakan untuk istinjak
    • Pembahagian hadas dan pengertiannya
    • Wudhuk – rukun-rukun dan sunat-sunat wudhuk
    • Cara mengangkat wudhuk – Praktikal wudhuk oleh guru
    • Syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah wudhuk
    • Pengertian khuf dan cara-cara untuk melaksanakannya
    • Belat dan barut – Cara mengangkat wudhuk atau mandi hadas apabila ada belat dan barut
    • Mandi hadas – syarat-syarat sah serta sunat-sunatnya
    • Mandi hadas – perkara-perkara yang mengakibatkan wajib mandi dan perkara-perkara yang tidak mewajibkan mandi
    • Tayammum – pengertian, sebab-sebab dibenarkan tayammum, rukun, syarat-syarat sah, sunat-sunat, dan perkara-perkara yang membatalkan tayammum
    • Cara bertayammum
  2. Solat
    • Pengertian, hikmah & kepentingan solat
    • Waktu-waktu solat fardhu dan waktu-waktu ditegah solat.
    • Syarat-syarat wajib solat
    • Rukun-rukun solat serta syarat-syarat sahnya
    • Perbetulkan Bacaan Surah Al-Fatihah Bersama Guru
    • Sunat-sunat di dalam solat
    • Perbezaan di antara rukun dan sunat di dalam solat
    • Perbezaan pembahagian di antara sunat-sunat di dalam solat
    • Perkara-perkara yang makruh di dalam solat
    • Perbezaan di antara lelaki dan perempuan di dalam solat
    • Perkara-perkara yang membatalkan solat
    • Sujud sahwi dan sujud tilawah – sebab-sebab dan cara-caranya
    • Permasalahan Tentang Qadha (Mengulangi) Solat
    • Khusyuk di dalam solat – cara-cara untuk mencapainya
    • Praktikal solat bersama guru (Ustazah akan bantu mengendalikan praktikal bagi wanita)
  • Isu-isu kontemporer

dan lain-lain lagi…

Selepas tamat kursus ini, para peserta boleh mengikuti Kursus Lanjutan. Sila lihat Jalur Pendidikan Kursus Solat CeramahIslam.com di bawah ini:

jalur-solat-cicTEMPAT, HARI & WAKTU

** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

 

JANGKAMASA
4 bulan (16 sesi)

 

YURAN MENGHALUSI SOLAT
Yuran Kursus: $180 (sekali bayaran sahaja)
Buku: $25 (A-Z Ensiklopedia Tentang Solat, Terbitan Galeri Ilmu, Malaysia)

a-z-solat

Keseluruhan: $205 (jika dibayar bersama dengan kos buku)


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


PEMBIMBING

Za’iem Al-Hadi Bin Sallim

 

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini 


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam

Maklum Balas Dari Peserta-Peserta Lepas

“Kursus yang rengkas tapi padat dengan penyampaian dari Ustaz Zae’im yang bersahaja dan senang difahami. Terima kasih ustaz. Kursus ini benar2 memberi banyak pengetahuan dan sungguh bermanfaat.”

– Kursus Menghalusi Solat

“First time attend kursus tentang menghalusi solat dan ia tidak mengecewakan. Byk ilmu yg telah dapat saya raih.”

– Kursus Menghalusi Solat

“Sangat bermanfaat untuk para ped Ustaz Na’em dapat menarik perhatian peserta sewaktu kursus dan sesi soal jawab banyak memberi pengetahuan am yang relevan.”

– Kursus Menghalusi Solat

“Uztas yg mengajar memang bagus sekali!Saya dpt memahami dgn jelas apa Uztas ajar. :)”

– Kursus Menghalusi Solat

“Ajarannya terperinci dan mudah untuk difahami.”

– Kursus Menghalusi Solat

“Kursus yg informative dan comprehensive. Ustaz yg bertauliah dan sentiasa menjawab segala soalan dgn ikhlas walaupun soalan di luar topik.”

– Kursus Menghalusi Solat

“Kursus yang padat dengan ilmu, penerangan yang jelas dan mudah difahami. Ia memberi keyakinan dan pengesahan dan menhilangkan keraguan tentang amalan yg benar mengikut kehendak syarak. Tentukan kita mahu amalan kita diterima Allah. Terima kasih.”

– Kursus Menghalusi Solat

“Alhamdullilah saya dah blh solat dgn lebih sempurna dan yakin. Terima kasih Ustaz”

– Kursus Menghalusi Solat

“Ustaz yang experienced, alhamdulillah dan membuat kursus ini menarik dan keinginan untuk mempelajari dengan lagi dalam. Syabas!”

– Kursus Menghalusi Solat

“Padat dan menepati modul”

– Kursus Menghalusi Solat