mengaji-semiprivetRasulullah sollahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud):

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Bukhari)

“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

 

Ciri-ciri Kelas

  • Jumlah paling ramai setiap kelas ialah 6 orang sahaja (semi-privet).
  • Kelas lelaki & wanita berasingan.
  • Pelajar boleh memilih untuk menghalusi bacaan Al-Quran untuk surah tertentu atau bertalaqqi dari awal hingga khatam bersama dengan seorang guru.
  • Bergantung kepada peringkat bacaan setiap individu, pelajar boleh memulakan dari Surah Al-Fatihah atau mana-mana surah yang diinginkan.
  • Tidak diajar secara kelas serentak tetapi secara perseorangan (one-to-one). Sekiranya terdapat kesilapan bacaan, guru boleh memperbetulkan bacaan setiap individu, lalu pelajar boleh duduk kembali ke tempat masing-masing untuk latih membaca dan memperbetulkan bacaan yang tersilap.
  • Pelajar yang sudah lancar membaca Al-Quran boleh juga bertalaqqi dari awal Fatihah hingga selesai khatam 30 Juz Quran.
  • Penekanan ditumpukan kepada bacaan secara bertajwid; antaranya ialah sebutan makhraj huruf, panjang pendek harakat, dengung atau tiada dengung, dan lain-lain lagi.
  • Teori hukum-hakam tajwid TIDAK akan diajarkan.

 


TARIKH, WAKTU & TEMPAT
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **


YURAN
– Yuran Kursus: $75/bulan (tidak termasuk kos lain seperti buku, jika ada)


JANGKAMASA

Berterusan (Seminggu sekali)


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


SYARAT KEMASUKAN

– MESTI sudah mampu membaca Al-Quran atau sekurang-kurangnya mampu membaca huruf-huruf bersambung dengan lancar

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini

 

Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam