suliza-kelas

Banyak fadhilat dan kelebihan yang disediakan bagi mereka yang sentiasa melakukan demikian. Antara fadhilat yang pernah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. ialah (yang bermaksud):

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Bukhari)

“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kursus Menghalusi Bacaan Juz 30 ini adalah khusus untuk para Muslimah (wanita) dewasa sahaja.

Pelajar-pelajar akan memperhalusi bacaan Al-Quran dari surah-surah pilihan dari Juz 30 bersama guru, sambil mempelajari hukum-hakam asas tajwid bagi setiap surah tersebut.


Apa Yang Akan Dipelajari

  • Membaca Juz 30 dari awal hingga akhir secara bertajwid. (Terbahagi kepada Modul 1 & 2)
  • Guru akan membaca kemudian diikuti dengan para peserta secara beramai-ramai.
  • Kemudian setiap peserta akan membaca secara perseorangan (datang perseorangan dengan guru). Peruntukan diberikan untuk setiap individu untuk membaca supaya sekiranya terdapat kesilapan bacaan, guru boleh memperbetulkan bacaan setiap individu.
  • Penekanan ditumpukan kepada bacaan secara bertajwid; antaranya ialah sebutan makhraj huruf, panjang pendek harakat, dengung atau tiada dengung, dan lain-lain lagi.
  • Teori hukum-hakam tajwid yang ASAS akan diajarkan, namun fokus utama ialah pembacaan dengan bertajwid.
  • Tafsir TIDAK diajarkan di dalam kursus ini.
  • Jumlah paling ramai setiap kelas ialah 15 orang.


Kursus ini terbahagi kepada dua Modul:

  1. Modul 1 (Surah Ad-Dhuha hingga An-Nas – 12 sesi)
  2. Modul 2 (Surah An-Naba’ hingga Al-Lail – 16 sesi)

 

TARIKH, WAKTU & TEMPAT

** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

 

Modul 1: YURAN
– Yuran Kursus: $180 (12 sesi)
– Harga Buku Juz 30: $5
– Harga adminstrasi & sijil penyertaan: $10

Keseluruhan: $195 (sekali bayaran)

Buku Teori Tajwid (Tidak Wajib – Sebagai rujukan pelajar jika mahu):
$10 – Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah, Terbitan Karya Bestari

 

Modul 2: YURAN
– Yuran Kursus: $240 (16 sesi)
– Harga adminstrasi & sijil penyertaan: $10

Keseluruhan: $250 (sekali bayaran)

Buku Teori Tajwid (Tidak Wajib – Sebagai rujukan pelajar jika mahu):
$10 – Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah, Terbitan Karya Bestari


BAHASA PERANTARAAN

Melayu


SYARAT KEMASUKAN

– Mampu membaca Al-Quran.

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini

 

Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam