– Penerapan Aqidah Di Dalam Kehidupan Seharian –
asas-aqidah-poster

Aqidah Islam bermakna kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai Tuhan secara pasti dan tanpa keraguan. Aqidah merupakan risalah utama para Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia semuanya.

Semua para Rasul diperintahkan untuk menyeru kepada keimanan dan pengabdian kepada Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.

Ianya merupakan perkara pokok dan yang paling penting dalam Islam. Aqidah juga merupakan asas bagi pembinaan iman dan benteng yang kukuh bagi memelihara seorang Islam daripada unsur-unsur kepercayaan yang menyeleweng dan menyesatkan.

‘Kursus Asas Aqidah – Penerapan Di Dalam Kehidupan Seharian’ akan membincangkan perkara-perkara yang paling asas dan wajib diketahui oleh setiap orang Islam. Di samping itu, para peserta akan diajar juga cara-cara penerapan aqidah di dalam mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. 

Secara umumnya, setiap manusia menempuh berbagai rintangan dan masalah di dalam dunia ini, seperti:

  • Masalah rumahtangga
  • Masalah anak-anak
  • Masalah kesihatan
  • Masalah kewangan
  • Masalah pergaulan dengan sesama manusia

dan lain-lain lagi..

Semua masalah di dalam dunia ini boleh diatasi dan dikawal melalui keimanan yang kukuh kepada Allah. Insha-Allah kursus ini akan dapat membantu seseorang untuk menguatkan keimanannya kepada Allah.


Sangat sesuai untuk sesiapa yang:

  • Baru ingin kembali kepada Islam, atau
  • Belum pernah belajar subjek aqidah/tauhid secara tersusun, atau
  • Ingin mengulangkaji bab Asas Aqidah,

dan lain-lain lagi..


Apa Yang Akan Dipelajari?

  • Asas Aqidah berlandaskan kitab ‘Aqidatul ‘Awam & sifat-sifat Allah yang terpilih dari Asmaul Husna (Nama-nama Allah yang terbaik)
  • Cara penerapan aqidah di dalam kehidupan seharian kita
  • Setiap masalah yang kita hadapi di dunia ini boleh diatasi dengan asas keimanan yang kukuh terhadap Allah.


YURAN ASAS AQIDAH (8 sesi)
– Yuran kursus: $100 ($50 x 2 mths)
– Buku: $10
– Keseluruhan= $110

TARIKH & MASA
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

Keseluruhan kursus: 1.5 jam x 8 sesi= 12 jam

SYARAT KEMASUKAN
Dewasa – Lelaki & Wanita

BAHASA PERANTARAAN
Melayu

PEMBIMBING
Ustaz Muhammad Eqbal bin Affandi
B.A. Usuluddin, Al-Azhar University

TEMPAT
CeramahIslam.Com Centre (CIC),
80 Changi Road, Centropod @ Changi,
#05-17/#03-06, Singapore 419715
Sila lihat peta di sini —> Klik Sini Untuk Lokasi Di Peta

 

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam