Prog Kanak-Kanak

– Anda inginkan anak-anak anda belajar Asas Agama secara santai dan mudah?

– Inginkah anak-anak anda mampu membaca Surah-surah pilihan secara hafalan walaupun mereka belum kenal huruf?

– Inginkah anak-anak anda berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat?

Lazimkan kan lah anak-anak anda dengan sentiasa solat dan membaca Al-Quran. Ini dapat membantu mendidik dan mencorak jiwa mereka supaya menjadi insan yang mulia di hari kemudian inshaAllah… Kursus ringkas dan intensif selama 4 bulan ini akan membantu anak-anak anda mempelajari tentang perkara-perkara yang paling asas dan utama di dalam agama.

Di samping itu, anak-anak anda akan diajar untuk membaca Al-Quran dengan mengikuti program Al-Hira’ untuk kanak-kanak. Mereka juga akan belajar menghafal surah-surah pendek dari Juzuk 30, walaupun mereka belum pandai membaca Al-Quran atau belum mampu mengenal huruf.

Program ini sangat sesuai bagi mereka yang belum menghantar kanak-kanak mereka di madrasah mingguan hujung minggu. Kebanyakan hari kursus jatuh pada hari-hari biasa (weekdays) selepas persekolahan mereka. Kelas hanya seminggu sekali untuk tidak membebankan mereka.

Secara ringkas, pelajar-pelajar akan mempelajari:

  • Wuduk & Solat (bersama praktikal dan bacaan-bacaan di dalam solat)
  • Asas rukun Islam & rukun Iman
  • Asas akhlak & adab
  • Hafalan surah-surah pendek, doa-doa & zikir-zikir yang lazim dibaca
  • Mengenal dan mencintai Nabi sollahu ‘alaihi wa sallam
  • dan lain-lain lagi

 

TEMPAT, HARI & WAKTU
** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

JANGKAMASA
4 bulan (16 sesi) – seminggu sekali

YURAN
Yuran Kursus: $160 (sekali bayaran sahaja)
Buku-buku: $30
Keseluruhan: $190

BAHASA PERANTARAAN
Melayu

PERINGKAT UMUR
Kelas akan terbahagi kepada dua mengikut peringkat umur:

Kumpulan 1: Umur 6-8 Tahun (K2 – Pri 2)
Kumpulan 2: Umur 9-13 Tahun (Pri 3 – Sec 1)


Sila Buat Pendaftaran Di Sini 

 


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam