— Siri Penghayatan Solat —

Susah belajar Bahasa Arab???

Antara sebab utamanya ialah kerana tidak boleh praktikkan penggunaannya di negara sendiri.

Maka itu, marilah kita pertingkatkan diri dalam penggunaan Bahasa Arab yang kita TIAP-TIAP HARI amalkan iaitu dalam solat, doa dan zikir harian.

Ia dapat membantu kita mencapai kekusyukan di dalam solat, sedangkan khusyuk dalam solat adalah antara kriteria utama untuk kita layak dimasukkan ke dalam tingkatan syurga yang tertinggi, iaitu syurga Al-Firdaus. (Rujuk Surah Al-Mukminuun dari ayat 1)

  • Ingin memahami apa yg anda baca di dalam solat?
  • Ingin memahami isi kandungan doa2 dan zikir2 lazim yang biasa anda lafazkan?
  • Ingin meningkatkan lagi mutu kekusyukan solat dan doa anda?InshaAllah kursus ini akan membantu anda mencapai matlamat anda.
Kursus Memahami Bacaan Di Dalam Solatmu ini akan berlangsung selama 12 minggu (3 bulan).


Antara kandungan pembelajaran kursus ini ialah:

  • Memahami bahasa arab di dalam ibadah solat. Termasuk surah Al-Fatihah, doa-doa, zikir-zikir di dalam solat
  • Memahami bahasa arab di dalam doa2 dan zikir2 lazim yang biasa kita baca selepas solat
  • Tips untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat dan doa.
  • Tips mempelajari Bahasa Arab dengan mudah dan berkesan
  • Pelajaran Asas Sorf akan diajarkan sekali
  • Mengulangkaji tentang rukun-rukun solat & syarat-syaratnya
  • Sejarah solat
  • Rahsia & keajaiban solat
  • dan lain-lain lagi…
Matlamat utama di dalam kursus ini ialah supaya para peserta dapat menghayati ibadah solat, zikir dan doa yang dibaca tiap-tiap. Ini dapat membantu hati kita supaya lebih khusyuk, tenang dan mempertingkatkan lagi darjat dan pahala kita di sisi Allah, inshaAllah..


YURAN

– $180 (yuran keseluruhan kursus untuk 12 sesi + buku & pendaftaran)

 

JANGKAMASA
3 bulan (12 sesi)

 

BAHASA PERANTARAAN
Melayu

 

TEMPAT, TARIKH & MASA

** Sila Rujuk Pada Jadual Di Sini –> Klik Sini **

 

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam