— Kelas PERCUMA —

Memperbaiki Bacaan Surah Al-Kahfi (Berkumpulan)

(Untuk Kaum Wanita)

Surah-Alkahfi

 
Sempena pada hari Jumaat, umat Islam digalakkan untuk membaca Surah Al-Kahfi, paling kurang 10 ayat pertama ataupun 10 ayat yang terakhir surah tersebut. Kami CeramahIslam.com memberikan peluang untuk para ibu-ibu dan wanita supaya turut serta di dalam kursus ini. TIADA BAYARAN dikenakan namun ‘Tabung Derma Bergerak’ akan dijalankan untuk membantu kami menyelia kos-kos operasi pusat kami yang tinggi setiap bulan.
 
 
Cara Kursus Dijalankan
Pada setiap kelas, pelajar-pelajar akan memulakan dengan bacaan 10 ayat pertama & 10 ayat terakhir dari Surah Al-Kahfi. Kemudian dimulakan dengan bacaan secara bertajwid dari awal Surah tersebut. Setiap sesi akan dibaca dalam satu mukasurat.
 
Ustazah akan membaca lalu para pelajar ikut secara ramai-ramai. Ustazah juga akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang biasa berlaku bagi setiap ayat, sambil tunjuk ajar mengenai cara bacaan yang betul dan tepat menurut hukum hakam tajwid.
 
Teori hukum-hakam tajwid tidak diberikan penekanan di dalam kursus ini.
 
*TIADA peruntukan bacaan bagi setiap pelajar secara persendirian untuk kursus ini. Maka para pelajar akan baca secara beramai-ramai.*
 
Tarikh, Waktu & Tempat

Sumbangan derma anda sangat dialu-alukan.. (Tabung Derma Bergerak dijalankan)

Sila Buat Pendaftaran Di Sini


Jika terdapat sebarang soalan, sila SMS atau WhatsApp ke: 9775-5552

Terima Kasih
Wassalam