skip to Main Content
(+65) 9775-5552 info@CeramahIslam.com

aqil-front-brochure

Pendahuluan

Program AQIL merupakan sebahagian daripada usaha bersama MUIS, PIENet, Darul Quran Singapura dan guru-guru Al-Quran Singapura (QTRS) untuk menyediakan suatu wadah alternatif dalam memastikan setiap anak Muslim di Singapura mendapatkan pendidikan asas Fardhu ‘Ain disamping mempelajari Al-Quran.

 

Apa itu AQIL?

Ia adalah sebuah Modul Asas Pendidikan Islam yang berstruktur untuk kelas-kelas pengajian Al-Quran. Asas utamanya adalah ilmu asas Fardhu ‘Ain yang diajarkan dalam kelas-kelas Al-Quran yang diadakan di rumah-rumah individu.

Program ini diharap dapat membantu mempermudahkan bilangan anak-anak muda yang berumur dari 7 tahun hingga 16 tahun untuk memperoleh pendidikan asas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain. Ia bertujuan untuk memudahkan anak-anak muda ini untuk menghadiri kelas-kelas agama yang berstruktur.

 

Latarbelakang

Pendidikan agama Islam bagi anak-anak merupakan keperluan penting untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Ia menjadi suatu tanggung jawab bersama untuk memastikan setiap anak Muslim mendapatkan pendidikan agama yang berstuktur.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada tahun 2012, hanya sekitar 40% daripada anak-anak Islam Singapura yang telah menghadiri kelas-kelas agama berstruktur. Ini bererti masih ramai lagi anak-anak muda yang perlu mendapatkan pendidikan agama.

 

Objektif

Program ini ingin mencapai objektif berikut:

  • Untuk meningkatkan jumlah anak muda yang mendapat pendidikan asas agama Islam
  • Memperkasa guru-guru Al-Quran untuk mengajar Al-Quran dan asas Fardhu ‘Ain dengan berkesan

 

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang sesuai bagi program ini ialah:

  • Anak muda Islam yang berumur 7 hingga 16 tahun
  • Belum pernah menghadiri kelas-kelas agama di Masjid atau Persatuan Islam
  • Jumlah anggaran pada tahun 2013 adalah lebih 53,000 orang
  • Ibu bapa yang sedang menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas Al-Quran

 

Pendekatan Program AQIL

  • Cara belajar ilmu Agama Islam yang berstruktur
  • Menanamkan kepentingan terhadap nilai ilmu, kepercayaan dan amalan Islam
  • Menggalakkan pelajar agar terus berusaha menuntut ilmu

 

Perlaksanaan Program

Program AQIL akan merangkumi dua komponen utama:

  1. Al-Quran

AQIL memperkenalkan system pembelajaraan Al-Quran menggunakan metode KLIQ (Kursus Literasi Al-Quran). Sistem pembelajaran Al-Quran secara cepat dan mudah ini dibangunkan oleh Darul Quran Singapura.

  1. Asas Fardhu ‘Ain

Modul pembelajaran asas Fardhu ‘Ain AQIL ini merangkumi topic-topik Aqidah (rukun Iman), Ibadah (Rukun Islam) dan Akhlaq (adab).

 

Jangka Masa Belajar

Cadangan yang diletakkan untuk modul ini akan berjalan selama sekurang-kurangnya 32 jam. Setiap sesi adalah seperti berikut:

  • Pelajaran Al-Quran selama 30 minit setiap minggu
  • Pelajaran asas Fardhu ‘Ain selama 30 minit

Namun ianya bergantung kepada peserta dan guru sekiranya kedua-dua pihak ingin teruskan pembelajaran buat jangkamasa yang panjang.

 

Pendaftaran

Bagi peserta yang berminat untuk mengikut program AQIL, sila ikuti langkah berikut:

  • Hubungi 6243-7060 untuk pendaftaran, atau
  • Email: info@mks.org.sg

 

Yuran

Yuran yang disarankan ialah sebanyak $25 hingga $40 bagi setiap jam berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan di antara guru dan peserta.

Back To Top